UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG BERIMAN, BERTAQWA, BERAKHLAK, SIHAT SEJAHTERA, BERSILATURAHIM, BEREKONOMI DAN BERADAB..
Surau Al Sobah (SAS) Seksyen 3 Bandar Baru Bangi telah mula dibina pada 1 Jun 1989 di atas tanah seluas 2,148 kaki persegi milik KPM yang sekarang telah didirikan SK Jalan 3 dan SMK Jalan 3 Bandar Baru Bangi.
Pada awalnya pembinaan surau ini adalah dibiayai daripada sumbangan seorang dermawan Kuwait dan seterusnya surau ini diberikan nama Surau Al Sobah sempena nama keluarga Raja Amier Kuwait. Ianya siap dibina dan telah diresmikan oleh YB Dato’ Dr Mohd Yusof Noor, Menteri di Jabatan Perdana menteri pada 11 Mac 1990.
Pada tahun 2006 Jabatan Pelajaran Selangor melalui surat Bil. JPNS/SBP/TDP/A25094/01/81/01/Jld. 6 (06) bertarikh 10 April 2006 telah memberikan kebenaran secara resmi kepada surau untuk menggunakan tanah tersebut sebagai tapak bangunan surau.
Seterusnya pihak surau telah memperolehi kebenaran daripada Majlis Agama Islam Selangor untuk mendirikan solat Jumaat melalui surat daripada Jabatan Agama Islam Selangor Bil. (08) dlm. JAI. Sel. BPM/01/051 Jld.4 bertarkih 26 Jun 2006.
Ini telah memudahkan ahli kariah dan penduduk sekitar terutama pelajar-pelajar SK Jalan Tiga dan SMK Jalan Tiga untuk menunaikan solat Jumaat. Sebelum ini pihak sekolah dengan kerjasama PIBG perlu menyediakan bas-bas untuk menghantar pelajar-pelajar untuk menunaikan solat Jumaat ke Masjid yang berhampiran.PEGAWAI DAN JAWATANKUASA SURAU AL SOBAH BANDAR BARU BANGI SESI 2017-1019
PEMANGKU PENGERUSI
KETUA IMAM
SETIAUSAHA
BENDAHARI
MUAZIN
SIAK
BIRO JAMUAN & KERAIAN
BIRO PENERBITAN, TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KESELAMATAN
BIRO KEBAJIKAN DAN SOSIAL
BIRO HAL EHWAL WANITA
BIRO PEMUDA
BIRO KEBERSIHAN & KELESTARIAN
PENGURUSAN JENAZAH
PEMERIKSA KIRA KIRA 1
PEMERIKSA KIRA KIRA 2
PENOLONG SETIAUSAHA
PENGURUS PEMBANGUNAN FASA 3